Thursday, 13 February 2014

Peringatan

Ada manusia kadangkala masih leka walaupun dah diberi peringatan berulang kali . Kenapa ya ? Adakah akal kita masih belum cukup upaya untuk berfikir ? MenJejaki dimana letaknya kelemahan kita ... Adakah atas dasar orang lain atau mungkin sikap kita sendiri .?

Peringatan itu datang dalam pelbagai bentuk , sama ada ia dalam bentuk percakapan , perbuatan atau mungkin azab . Peringatan itu penting itu menyedarkan kita dalam melakukan kesilapan . Ya , setiap manusia melakukan kesilapan sbb itu sebuah peringatan datang untuk menyedarkan kita . 

Ini cerita peringatan tentang aku . Aku rasa aku juga lemah dan tak mampu mengunakan akal dengan sebaik mungkin. Otak sibuk berfikir tentang perkara yang tak masuk akal atau mungkin membuang masa . Aku ini manusia yang lemah , sebab itu Allah berikan aku orang yang baik untuk membimbing aku menuju jalanNya . Tapi adakah aku menghargai mereka ? 

Telah berkali Aku hampakan peluang itu . Iaitu peluang dimana aku diberi peluang untuk mengenali manusia . Aku ini sombong , bongkak dan buta hati kerana tidak dapat melihat pengorbanan orang lain padaku . Bagaimana mahu bersyukur ? 




No comments:

Post a Comment