Aku menulis bukan kerana semuanya benar dari lidahku. Hanya cerita tentang apa yang mata ini lihat dan apa yang hati ini rasa.
Tuesday, 25 February 2014
INI AKU
Hari ini aku menangis
Ini aku .
Tuhan , ibu dan ayah serta sahabat aku .
Aku gembira dengan kehidupan aku .
Bersabarlah wahai hati ,
Tuesday, 18 February 2014
Mereka sebagai utusan Allah untukku
Ketika mata aku mula terbuka , luasnya dunia ini . Ketika telingaku mampu mendengar , Suara Azan berkumandang sayu . Gembiranya mereka ketika menyambut kelahiranku . Senyuman lebar mengunjungi setiap penjuru . Rasa belaian tangan ibuku lembut diamati . Terima kasih atas segalanya .
Namun takdir telah mengubah segalanya . aku terpaksa berpisah dari mereka . kemana aku pergi ? aku dibawa bersama 1001 kasih sayang , aku dipandu bersama 1001 jenis manusia . langkah dia memberi seribu perasaan . Tanpa melengahkan masa , diriku dia tatapi , ku didukung bagaikan permata . Walaupun masa itu ku masih tak mampu mengenal sesiapa namun sudah cukup aku mengatahui dia bukanlah darah dagingku . Wajahnya penuh kesanggupan menerima amanah ini . Iaitu amanah yg diberikan Tuhan padanya . Dia telah diuji oleh Tuhan tanpa zuriat . Dia berusaha namun sudah itu tertulis .
Aku dalam kesusahan , menjadi barang berbelah bahagi . Akhirnya aku dipisahkan dari mereka . aku dibesarkan hari demi hari . Setiap hari dia diwarnai kecerian aku . Pengorbanan menjaga adalah satu amalan yang mulia , Semoga Tuhan sentiasa melindungi mereka . Seterusnya aku dibawa menaiki kenderaan beroda dua , tanpa bumbung dan tingkap . Namun ku diselimuti bersama kain sutera kasih sayang . Melalui kegelapan malam di kelilingi hutan belantara , ia mendukungku bersama perwira sambil membonceng dengan cermat . Matanya tak lari dari melihatku . Mataku pula sudah nyenyak akan buaian manja dia .
Hari aku juga diwarnai bersama beberapa org lagi abang . Mereka amat menyayangi aku seperti adik mereka sendiri. Hariku sentiasa disambut mesra , aku sentiasa menjadi hari mereka lebih bersemangat .
Dia terus membanting tulang 4 kerat untuk menyara kami. Walaupun terpaksa bersusah payah namun kalau itu dah kehendak ada sahaja jalan . Berpeluh keringat bersejuk embun pulang dilewat malam demi mencari sesuap nasi untuk kami . Hari mereka sentiasa pulang bersama harapan .
Aku sudah mula membesar dengan kasih sayang mereka , aku sudah mula melihat kelainan dalam kehidupan aku . kenapa mereka lain dari aku ? kenapa mereka tak sama dengan apa yang aku rasakan ? kalau ditanya bulan sudah tentu ia hanya mampu membisu . Akhirnya ku mengetahui apa yang aku rasa dari sehari aku lahir ke dunia . Kelaianan itu membuatku bermimpi ngeri . setiap bayangan itu benar belaka . Namun dimana mereka semua ? aku mula bertanya tentang mereka . Aku mahu mengenal siapa mereka , dimana mereka tinggal ? aku telah dibawa bersama harapan agar aku mengetahui dari asal usulku ..
Mataku redup sayu melihat ini adalah persamaanku . ketika itu hatiku masih tawar , masih mentah dalam merasai perasan itu . Akal aku pun masih muda untuk berfikir panjang . Sudah kebelakangan ini hidupku tidak tenteram . mereka tersenyum melihat aku dan aku membesar dengan sebaiknya .
Walaupun aku berada dalam keluarga ini . mereka sangat menyayangi aku seperti darah daging mereka sendiri . kadang2 aku merasai janggal dan asing . Hari demi hari kasih sayang kami dah berubah . tidak seperti dahulu ketika aku masih kecil . Sekarang ini dah mula nampak perbezaan diantara kami . Aku mula mengatur langkah mencari kehidupan ku sendiri ., beronak berduri aku lalui dengan tabah . Walaupun kadangkala diri ini dihina keji , di caci maki tanpa alasan yang kukuh . Kaki ini tak pernah berhenti melangkah , hati ini tak mungkin akan berputus asa . apa yg aku lalui ini adalah ujian . seberat mana harus dipukul , Tuhan menjadi penyelamat .
Terima kasih mak , ayah kerana sudi menjadkan aku sebahagian dari hidup kalian , aku sangat bersyukur kerana kalian masih mampu menjaga aku walaupun diri ini hanya menumpang kasih sayang ., semoga dengan pengorbanan kalian akan terbalas oleh Tuhan . AMIN
Friday, 14 February 2014
Selfish
Hey kau , panggil dia kemari tengok apa yang ada .
Itu nampak tak apa ?
Dia tu tak ada apa-apa .
Kenapa kau suka hina dia ?
Dia keseorangan tanpa teman .
Kenapa kau jauh bagai sombong tak berbau ?
Eh kau sedap ejek dia .
Nampak apa ?
Kekurangan . Kau apa kurangnya ?
Jangan jadi bongkak .
Dia sapa ? Manusia .
Kau ?
Kau kaya , kau handsome/cantik .
Kau sesedap rasa menghina.
Kau siapa ciptakan ?
Tuhan . Dia ?
Jadilah orang yg prihatin .
Jangan 'selfish' .
Manusia
Hidup hanyalah sementara
Juga kita hanyalah manusia
Memang nampak tak sempurna
Disebulungi keusangan usia
Namun hati selalu bertanya sepi
Dimanakah jalan yang harus diharungi
Kekadang hati mula meragui
Bagaikan tanpa arah untuk ditujui
Mata menjadi buta
Akan kemewahan dunia
Akan nafsu dan cinta
Hati mula nista
Kaku akan kebodohan akal
1/3/14 04:47AM
Parklane , Kelana Jaya
Thursday, 13 February 2014
Sahabat
Dari seorang teman biasa,,
Ikatan kita semakin mesra ..
Walaupun bukan orang bercinta,,
Namun kita miliki bahagia ..
Sahabat bukan teman semalaman,,
Tetapi kekal sepanjang usia ..
Demi menjaga sebuah jalinan,,
Tolak ansur kunci utama ..
Sahabat ,,
Terima kasih atas setulus keikhlasan yang kau berikan sehingga tiada lafaz sesuai untuk menggambarkan kemurnian peribadimu sebagai insan yang ku sayangi ..
Kerana ......
PERSAHABATAN yang IKHLAS
SEPERTI garam yang melengkapkan sesuatu masakan .
SEPERTI embun yang membasahi permukaan bumi .
SEPERTI angin yang menyejukkan panas mentari .
SEPERTI bintang-bintang yang menyerikan angkasa raya .
SEPERTI bulan yang menerangi malam yang kelam .
SEPERTI titisan hujan yang menyuburkan bunga2 di taman ..
ITULAH DIRIMU SAHABAT DAN SAUDARAKU ,
SEMUANYA AKU CATAT BAGI MENJADI MEM0RI PALING INDAH UNTUK KENANGAN PADA SAAT PERPISAHAN YANG MELANDA ,
CATATAN ITU AKU TULIS ATAS RASA KEBAHAGIAAN LANTARAN PERSAHABATAN MURNI KITA . ♡
Cinta
Kau datang bila kesedihanku menjelma
Kau curi hatiku tanpa ku sedari
Kau selam dengan nafas berirama
Kau pandu bersama jari-jemari
Aku jadi kembali gembira
Malah Aku jadi lebih berani
Aku belajar menghargai
Seperti Aku dapat rasa itu adalah cinta
Kita saling mewarnai
Berkongsi warna ketika ia semakin pudar
Saling bersama mencorak hidup kita
Apabila ia mula berjauhan ,
Percayalah akan lebih sempurna Di sana .
Peringatan
Ada manusia kadangkala masih leka walaupun dah diberi peringatan berulang kali . Kenapa ya ? Adakah akal kita masih belum cukup upaya untuk berfikir ? MenJejaki dimana letaknya kelemahan kita ... Adakah atas dasar orang lain atau mungkin sikap kita sendiri .?
Peringatan itu datang dalam pelbagai bentuk , sama ada ia dalam bentuk percakapan , perbuatan atau mungkin azab . Peringatan itu penting itu menyedarkan kita dalam melakukan kesilapan . Ya , setiap manusia melakukan kesilapan sbb itu sebuah peringatan datang untuk menyedarkan kita .
Ini cerita peringatan tentang aku . Aku rasa aku juga lemah dan tak mampu mengunakan akal dengan sebaik mungkin. Otak sibuk berfikir tentang perkara yang tak masuk akal atau mungkin membuang masa . Aku ini manusia yang lemah , sebab itu Allah berikan aku orang yang baik untuk membimbing aku menuju jalanNya . Tapi adakah aku menghargai mereka ?
Telah berkali Aku hampakan peluang itu . Iaitu peluang dimana aku diberi peluang untuk mengenali manusia . Aku ini sombong , bongkak dan buta hati kerana tidak dapat melihat pengorbanan orang lain padaku . Bagaimana mahu bersyukur ?
Pergi
Setiap kali saya tidur , saya akan tanya pada diri saya adakah awak sayang saya ? itu saja yang saya nak tahu . Bukan apa , sebab saya rasa tak layak disayangi oleh awak . Awak baik sangat dengan saya . Kadang-kadang saya menangis kerana saya takut tak dapat membahagikan awak macam mana orang lain . Sebenarnya memang saya tak layak untuk awak yang baik .
Walaupun saya banyak buat awak sedih , banyak buat awak kecewa dan tertunggu saya tapi awak masih ikhlas tunggu saya dan pujuk saya . Saya sangat ego dan sombong dengan diri saya . Kenapa awak sanggup lakukan begitu ? walhal saya ini tak pernah hargai awak disisi saya . Awak cakap dengan saya mungkin Allah nak berikan kita peluang untuk bahagia dan juga Allah nak lihat kita sama-sama gembira , sebab itu Allah masih kuatkan hati saya untuk menunggu awak . Tak pernah sekali saya jemu kerana saya tahu jodoh itu Allah yang tentukan .
Arghhh ! tanpa ku sedar airmata ku mula menitis ,aku sedih kerana ada juga insan yang sanggup menunggu dan ada disisiku ... namun aku lagi sedih apabila aku mensia-siakan dia . Hati dia sangat baik dan jujur . Dia jujur dengan diri dia sendiri . Tapi aku ? aku ego dan hopokrit , sebab itu lah kebahagian tak pernah datang dalam diri aku .
Tapi kali ini aku diberi peluang untuk menghargai .. Alhamdulillah masih lagi mampu diucapkan cinta , cinta itu kembali mekar semula bak bunga mawar . Kali ini aku sedar akan apa itu cinta dan ikhlas .. cinta itu amat manis jika bersama ketulusan . Hari demi hari kami bahagia ... tapi sampai bila ? akhirnya aku merasai apa itu erti kehilangan . Dia pergi meninggalkan aku buat selamanya .. kenapa ? kenapa perlu dia pergi dahulu sebelum aku ? adakah aku tidak layak ? hatiku membisu dan menyepi selepas ia pergi buat selamanya ....
Aku berjalan mambawa diri , hidupku tanpa arah tuju seolah-olah dunia ia sudah kiamat . Kosong tanpa perasaan . Adakah ini ujian Allah atau mungkin balasan Allah padaku ?
CINTA ITU ADALAH ANUGERAH TAK TERNILAI . JANGAN KITA GADAIKAN CINTA ITU DENGAN SIKAP KITA YANG EGO .
10;27PM KHAMIS / RUMAH SS5

Monday, 10 February 2014
Hargai mereka
Siapa mereka itu yang saya maksudkan?
Dia adalah kedua ibu bapa kamu..
Dia adalah insan yg banyak berkorban untuk kamu ..
Hargailah mereka disaat mereka mengatakan 'Sayang' kepadamu ... Kerana ada insan lain yang dahagakan sebuah 'kasih sayang dari seorang ibu'..
Dia adalah adik beradik kamu...
Dia adalah insan yang sedarah sedaging denganmu ...
Mereka yang sentiasa melindungi kamu ketika kamu diherdik ...
Sayangilah mereka kerana ada insan lain yang mengharapkan perhatian dari seorang 'adik beradik' ...
Dia adalah sahabat kamu...
Dia adalah insan dimana ketika kamu kesusahan dia datang membantu ..
Walaupun ketika itu seisi bumi menjauhimu ...
Cintailah mereka kerana mencari seorang sahabat itu amat sukar ...
Apabila ia membuat aku takut
Perasaan kasih tercipta apabila kita rasa disayangi .
Hati menjadi lemah dan tak tenteram .
Kadangkala takut kerana perasaan itu juga satu ujian Allah .
Bukan apa takut kerana tidak boleh mengawal diri .
Nak di buang takut di benci
Nak di simpan takut hati terluka
Hati ohhh Hati '
Kenapa dilamun cinta ?
Pergi kau jauh wahai Cinta
Kerna kau pernah mendustaiku
Alangkah bodohnya disalahkan pula Cinta '
Kerana itu hati tetap buta .
ApittAmiyouls .
Sunday, 9 February 2014
Azam Baru
Ada saja benda nak d'sampaikan . Tak penat ke ? Haha ^^ mana boleh penat sebab dah ini hobi aku . Alhamdulillah hari ini kelas bermula . Mulalah tanam azam baru In Sha Allah . Memang banyak cabaran betul hari ini . Mungkin adalah kekuatan . Kenapa ek aku tak tanam azam dari awal tahun dulu ? Hmmm ^^ bukan apa mungkin masa itu aku belum lagi sedar atau Mungkin dengan keputusan semester 1 yang tak beberapa nak memuaskan . Lepas ni perlu lagi berusaha dengan keras .
Memang kadangkala diri ini pelupa kerana aku hanyalah insan yang lemah . Aku masih mencari apa itu erti kehidupan walaupun kadangkala memberikan aku keletihan . Kita perlu lebih kuat menempuhi hidup ini . Semakin jauh kita jalan semakin banyak yang kita akan jumpa . Hmmm ^^ kadang mahu mengeluh kesah . Takut apabila hati aku jadi buta dan kotor . Takut sangat .
Namun dengan sedaya upaya aku akan cuba . Belum cuba belum tahu . Hehe ^^ . Apa yang penting sekarang adalah niat kerana Allah . In shaa Allah sesukar man apun nak laluinya masih boleh mampu .
Terkadang aku merindui zaman sekolah dlu dalam tingkatan 5 , kerana masa itu aku berubah secara tanpa diduga oleh orang lain . Mungkin itu dinamakan hidayah . Ya aku rindu sangat :'( .
Banyak perkara yang buruk telah ku lakukan . Kadangkala takut Allah murka . Namun setiap hari aku berdoa moga aku terlindung dari perkara keji . Ia banyak memberi aku kenangan dan pengajaran yang semakin mematangkan aku . Ia juga mengajar aku lebih berfikiran positif dan terbuka dalam membuat sebarang keputusan .
CINTA DAN PERSAHABATAN
Alhamdulillah hari ini aku masih diberi peluang untuk menulis . Sebelum aku melenakan tidurku , ada sebuah cerita yang ingin aku sampaikan . Cerita yang pernah kulalui dan sehingga kini masih aku tercari-cari apa makna disebalik cerita ini .
Kita sebagai manusia di muka bumi Allah ini perlukan cinta . ya cinta . Ia amat berharga dan tidak ternilai bagi aku . Tapi ini cinta lain . Ini Adalah cinta dalam persahabatan . Dimana ia mamberikan 2 makna dalam satu perasaan . Alhamdulillah . apa itu cinta ? "Cinta itu dimana 2 orang saling berkorban demi melihat diantara mereka bahagia walaupun ia terpaksa meninggalkannya " adakah cinta itu kejam ? okay . kita masuk pula pada erti Sahabat .Sahabat adalah " seorang atau lebih dikenali insan yang ada ketika kita senang dan susah dan sentiasa mengingatkan kita kepada Allah " , masih ada lagikah insan seperti itu . Tidak mustahil ia amat sukar .
Jika kita mahu kenal apa itu erti cinta , belajarlah menghargai , jadilah seorang yang setia , dan lakukan kerana Tuhan . Di samping itu , perlu kita perbaiki Hubungan cinta kita pada Allah iaitu Tuhan sekalian Alam yang mencipta kita . Kerana Dia telah meniupkan kita sebuah hati , sebuah jiwa dan perasaan yang boleh kita rasa dan hayati di saat ini . Lumrah kehidupan mempunyai perasan Cinta . Tapi sejauh mana kita menghargai cinta itu ? adakah seluas lautan atau mungkin setinggi langit dan bumi . Tanya diri kita , pernah kita hargai orang disekeliling kita ? pernah kita mengatahui perasaan mereka ?
Adakah sudah cukup hanya pada senyuman atau mungkin kita masih buta . Ingatlah setiap insan layak dicintai dan mencintai . Jangan kita merasai dunia ini adalah kejam . kerana apa yang terjadi itu adalah ujian .
Biasanya dalam percintaan dan persahabatan ada ujianya . Tidak kira berat atau ringan . Namun gunakan kewarasan akal untuk kita tempuhi , jangan ikutkan sifat ego . Cuba jadi insan yang rendah diri dan belajar bertolak ansur .
Sahabat itu adalah anugerah , yang Tuhan titipkan bersama perasaan cinta . Seorang sahabat itu lebih baik dari 1000 orang kawan yang lebih mementingkan diri sendiri . Walaupun insan lain mengatakan ia hanya sahabat , tapi sudah cukup sebuah perasaan menjawab . Kebaikkan apabila bersahabat , kita menghindarkan diri dari perlakuan keji seperti berzina , bergaduh dan saling membenci . Dengan cara ini perasaan kita dapat dijaga . Apabila seseorang datang dalam hidup anda belajarlah menghargai mereka . kerana setiap perkenalan itu Allah dah sediakan satu kenangan . Jangan kita buang mereka jauh-jauh dan jangan bila kita jumpa kawan baru kita lupakan sahabat kita . hargai mereka dimana saat mereka bersama kita , ada bersama ketika kita sunyi tanpa cinta , sunyi tanpa kawan dan kita susah ketika orang lain meninggalkan kita .
Bukan mudah mahu menjaga perasaan semua orang , Tapi usahalah dan istiqomah . Niat kerana Allah itu letakkan teratas . Jodoh Allah berikan kemudahan dengan pelbagai cara , termasuk dalam keadaan sulit , dalam sebuah perkenalan dan dalam sebuah erti persahabatan .

Saturday, 8 February 2014
MALAM YANG TENANG
JANGANLAH ....
Kita pandang ke langit untuk terbang bebas seperti burung ,
USAHLAH....
Kita pandang keburukkan orang lain untuk kita merasai kita adalah yang sempurna ,
TAPI ....
Haruslah kita pandang ke tanah untuk kita sedar akan kejadian kita ..
JUGA....
Haruslah kita pandang ke cermin untuk mencari kesilapan diri ,
INGATLAH...
Pandanglah ke arah tempat kita bersujud untuk kita mendapatkan kebahagian dunia dan akhirat ...
IN SHA ALLAH .
Keluarga
Siang dan malam silih berganti ,
Dimana matahari berubah bersama bulan ...
Matahari meninggalkan kekuatan cahayanya ...
Tatkala bulan bersama manisnya cahaya malam ...
Bintang berkedipan menemani seisi alam ...
Keluarga ...
Hanya memberi makna sebenar apa itu kehidupan ,
Menjadi medan bersatunya 2 hati ...
Keluarga...
Apabila keberkatan bersama ia bagai perisai kebahagian ...
Bertambah manis bersama kasih sayang ...
Keluarga ...
Mewarnai kehidupan bersama warna ketakwaan ...
Mengharumi seisi bersama keikhlasan ..
Keluarga ...
Nampak bahagia bersama malaikat utusanNya ...
Jelas bersama kemesraan bersama ..
Keluarga...
Hilangnya keharuman disaluti kebencian ..
Lenyapnya kebahagian di kelilingi sifat keduniaan ...
Keluarga ...
Runtuhnya tiang apabila solat diketepikan ...
Robohnya jiwa bersama keutuhan sifat ukhwah ...
Keluarga ...
Ingatlah setiap apa yang kita dapat adalah AMANAH ...
Segalanya perlu dipimpin kerana kita adalah khalifah Allah ...
Keluarga ...
Jadilah engkau sebagaimana bahagianya suasana syurga ...
Jadilah engkau batu loncatan untuk memasukinya ... In Sha Allah .
Friday, 7 February 2014
RUMAH SEWA PART 1
Sekarang saya mulakan cerita tentang rumah yang saya baru duduki bersama bebarapa teman yang lain...huh ! Ya pada mulanya nampak macam janggal oleh kerana kami memang tiada pengalaman duduk sendiri atau lebih senang panggil berdikari sendiri . Baju tiada lagi mak/kakak atau mungkin pembantu rumah untuk basuhkan , makan mungkin dah tak disediakan terpaksa masak atau paling malas makan diluar .
Itulah lumrah kita perlu lalui ketika mahu mengjangkau alam remaja dan sebagai pelajar IPT . Semua perlu di buat sendiri . Mula-mula masuk dah banyak memori tercipta . Bila kita duduk sama-sama ni banyak pula karenahnya , lagi-lagi dengan orang yang kita baru kenal . 'Tup tup tup' dia dah tinggal dengan kita . Padahal kita tak pernah kenal bagaimana sikapnya sebelum ini .
Biasalah tu mula-mula kita dah mula naik angin dengan sikap mereka yang lebih mementingkan diri sendiri , sebagai contoh makan tapi tak tahu nak basuh pinggan , dah guna tak tahu nak letak semula , bersepah dan sebagainya yg kita rasa boleh menyakitkan mata atau mungkin hati . Itulah sikap yang kita kena faham bila tinggal dirumah sewa bersama rakan-rakan baru . Sebab manusia berlainan latar belakang mereka , mungkin dulu mereka seorang yg berasal dari keluarga yang kaya , ada yg berasal dari keluarga yang susah . Kita mana tahu . Sebab itu perlunya ada kesefahaman dalam komuniti . Sebagai contoh pandai-pandailah kita menghormati orang lain , belajar bagaimana untuk berdikari , belajar bagaimana tak mengharapkan bantuan ibubapa dalam menyesuaikan diri .
Dengan cara itu kita akan lebih bersatu atau dipanggilkan bersepakat dalam apa pun hal dalam rumah . Ini tak , kita rasa kita hebat kita boleh buat apa yang kita suka tanpa memikirkan hal orang lain . Belajarlah bagaimana kita memandu diri kita , kalau tidak dari sekarang bila lagi ?
ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT
Aku memberitahu kamu , Wahai orang yang meninggalkan Solat,dilaknat dalam kitab Suci Zabur,Taurat,Injil, dan al-Quran.
Aku memberitahu kamu , Wahai orang yang meninggalkan Solat, bukan termasuk umat Muhammad SAW yang sudah tentu tidak berhak memperolehi syafaatnya.
Aku memberitahu kamu , Wahai orang meninggalkan Solat , termasuk golongan kaum munafik yang akan tinggal di lapisan paling bawah neraka .
Aku mendengar seruan Allah :
Orang yang meninggalkan Solat dengan sengaja jangan diajak makan bersama , jangan diajak duduk bersama , jangan diperdulikan , jangan dikunjungi ketika sakit dan ketika meninggal dunia , jasadnya jangan dimandikan , jangan disolatkan dan jangan ditanam di perkuburan orang-orang islam.

Aku memberitahu ketika kamu hendak memasukkan sesuap nasi ke mulutmu , nasi berkata kepadamu : Wahai musuh Allah ! Enak betul kamu makan rezeki Allah tetapi tidak mahu melakukan kewajipan yang Dia perintahkan padamu.
Aku memberitahu ketika kamu mengenakan pakaian , pakaian berkata kepadamu : Wahai musuh Allah ! Kalau aku tidak ditundukkan Allah untukmu , nescaya aku akan lari menjauhimu.
Aku memberitahu ketika kamu keluar dari rumahmu , rumah berkata kepadamu : Wahai musuh Allah ! Semoga Allah tidak menjadikan perjalananmu sehingga kamu akan kembali pada keluargamu dalam keadaan tidak selamat.
Aku memberitahu kamu , Wahai orang yang sengaja meninggalkan solat , akan mati dan dibangkitkan kembali oleh Allah dalam keadaan kafir .
Astarfirullahalazim (Aku Memohon Keampunan Dari Allah)
Sumber rujukan ~ (Solat diterima Solat ditolak Allah SWT) - Susunan Dr.Yahya Nuryadi
Bermulanya Sebuah Tulisan
Alhamdulillah Segala Puji Bagi Allah yang telah memberi keizinan untuk saya terus menulis sedikit sebanyak kisah hidup mahupun berkongsi apa yang orang lain lalui .
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua , pertama sekali saya bersyukur kerana dengan adanya blog ini dapat membantu saya untuk terus menulis walaupun kadangkala ia memberikan banyak dugaan. Bukan mudah untuk kita meluahkannya melalui tulisan. Ada disegelintir masyarakat kita yang lebih gemar melukis untuk melepaskan sesuatu masalah atau ada banyak lagi cara bagaimana untuk kita menghuraikanya. Tapi sebaik-baik jalan penyelasaian iu adalah kembali dan berserah kepada Allah s.w.t .
Setiap insan mempunyai cerita masing-masing , dan saya tidak terkecuali mempunyai cerita hidup saya sendiri. Lelah , berat dan juga liku-liku yang susah akan saya lalui walaupun terkadang mahu berputus asa. Berkongsi apa yang saya lalui itu juga dapat membuatkan saya lebih tenang dan beban yang saya pikul berkurang dek kerana ada yang sudi untuk mendengar.
Mungkin kamu semua akan berasa pelik atau mungkin meninggalkan banyak tanda tanya mengapa saya lebih memilih untuk menulis berbanding meluahkannya pada keluarga mahupun rakan-rakan.
Jika kamu semua mahu mengatahui apa cerita saya seterusnya , boleh terus mengikuti perkembangan terus mendapatkan jawapanya. IN SYA ALLAH .
Subscribe to:
Posts (Atom)