Friday, 7 February 2014

Bermulanya Sebuah Tulisan

Alhamdulillah Segala Puji Bagi Allah yang telah memberi keizinan untuk saya terus menulis sedikit sebanyak kisah hidup mahupun berkongsi apa yang orang lain lalui .

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua , pertama sekali saya bersyukur kerana dengan adanya blog ini dapat membantu saya untuk terus menulis walaupun kadangkala ia memberikan banyak dugaan. Bukan mudah untuk kita meluahkannya melalui tulisan. Ada disegelintir masyarakat kita yang lebih gemar melukis untuk melepaskan sesuatu masalah atau ada banyak lagi cara bagaimana untuk kita menghuraikanya. Tapi sebaik-baik jalan penyelasaian iu adalah kembali dan berserah kepada Allah s.w.t .

Setiap insan mempunyai cerita masing-masing , dan saya tidak terkecuali mempunyai cerita hidup saya sendiri. Lelah , berat dan juga liku-liku yang susah akan saya lalui walaupun terkadang mahu berputus asa. Berkongsi apa yang saya lalui itu juga dapat membuatkan saya lebih tenang dan beban yang saya pikul berkurang dek kerana ada yang sudi untuk mendengar.

Mungkin kamu semua akan berasa pelik atau mungkin meninggalkan banyak tanda tanya mengapa saya lebih memilih untuk menulis berbanding meluahkannya pada keluarga mahupun rakan-rakan.

Jika kamu semua mahu mengatahui apa cerita saya seterusnya , boleh terus mengikuti perkembangan terus mendapatkan jawapanya. IN SYA ALLAH .

No comments:

Post a Comment