Bila jiwa bersuara, tidak pula lidah yang akan sakit namun hati mula pedih. Bila fikiran sudah meronta dan buta mulalah jalan kusut menjadi rantai kehidupan. Menghurai keupayaan diri . Seringkali diungkapkan kelemahan dan kekurangan. Mengapa? sebab kita manusia. Yang seringkali lupa akan tujuan hidup. Bergegas kaki lari dari hukuman. Namun terpaksa akur kerana dunia bukanlah besar. Kecil sahaja, tetap lari juga akan berpusing berjumpa kembali Tuhan, Dilihat Tuhan .
Mengusir anasir. Siapa? beri aku sedikit ilmu, kekuatan dan juga dorongan. Jalan kabur dek kegelapan hati .Ketika ini aku sakit. Lemah dan tidak bermaya, Sedih akan nasib diri. Kaki sering mengesot untuk menuju ke jalan Tuhan, kadang-kadang ia merangkak seolah-olah orang disekeliling tidak ambil peduli. Hanya mungkin dipandangnya hanyalah sampah.
Sendiri, Siapa disisi? tak usah kau tanya. Semua bertopeng rapi, Wajah murni bagai utusan Syurga . Namun hanya manusia biasa . Kurang-kurang pun cuma lebih sikit Tuhan beri kelebihan. Kita hidup mahu atau tidak tetap juga perlu sendiri . Semua sendiri . Dikala kau susah,baru kau tahu siapa manusia disisi kau.Bila kau sakit , baru kau tahu siapa dia yang setiasa menemani . Jangan kau risau ketika ribut menemani sunyi , jangan kau gusar akan petir yang sentiasa menyambung , biarkan dia kerana itulah irama sepanjang perjalanan kehidupan bundar ini.
Esok kalau ada mulut yang BABI . kau jangan melayan ,nanti akan jadi wayang yang sentiasa berlakon. Di pentas dunia mungkin engkau sebagai latar disebalik senario dunia. Jangan terkejut sebenarnya engkau dilihat Tuhan. Diuji dikala itu kau mahu berputus asa . Teruskan usaha . Ketika ada manusia mengutuk kebodohan kau , jangan dibalas kerana dia sedang menuju kebodohan juga yang dia sendiri cipta . Merengkok di longkang dikala orang lain ketawa . engkau duduk disitu diam-diam dan sabar.
jangan berasa sedih apabila tiada orang lain disisi . Sebenarnya Tuhan mahu menguji saat itu . Mungkin kebahagiaan belum lagi tiba tapi mungkin kejayaan sudah terlakar. Jangan membazirkan air mata untuk orang yang lemah , tapi berikan ucapan yang baik demi membina sebuah kekuatan . Mimpi ngeri ketika itu dilanggar kereta , jangan risau kerana itu petunjuk untuk kau sedar bahawa dunia sudah mula bosan dengan karenah manusia .
kau teruskan langkah. Semuanya sendiri, Jangan harapkan orang lain. Kerana kita hidup untuk mencari keredhaan Tuhan bukannya keredhaan Manusia. Biar mulut sial berucap lantang, tapi hati kau tetap senyap berteman zikir kekuatan. Jangan dibalas itu semua . Jika engkau rasa lemah pandang kelangit dan pandang terus ke atas sana, hadirkan cerita hati kau bersama doa . pohon kesejahteraan hidup.