Setiap kali saya tidur , saya akan tanya pada diri saya adakah awak sayang saya ? itu saja yang saya nak tahu . Bukan apa , sebab saya rasa tak layak disayangi oleh awak . Awak baik sangat dengan saya . Kadang-kadang saya menangis kerana saya takut tak dapat membahagikan awak macam mana orang lain . Sebenarnya memang saya tak layak untuk awak yang baik .
Walaupun saya banyak buat awak sedih , banyak buat awak kecewa dan tertunggu saya tapi awak masih ikhlas tunggu saya dan pujuk saya . Saya sangat ego dan sombong dengan diri saya . Kenapa awak sanggup lakukan begitu ? walhal saya ini tak pernah hargai awak disisi saya . Awak cakap dengan saya mungkin Allah nak berikan kita peluang untuk bahagia dan juga Allah nak lihat kita sama-sama gembira , sebab itu Allah masih kuatkan hati saya untuk menunggu awak . Tak pernah sekali saya jemu kerana saya tahu jodoh itu Allah yang tentukan .
Arghhh ! tanpa ku sedar airmata ku mula menitis ,aku sedih kerana ada juga insan yang sanggup menunggu dan ada disisiku ... namun aku lagi sedih apabila aku mensia-siakan dia . Hati dia sangat baik dan jujur . Dia jujur dengan diri dia sendiri . Tapi aku ? aku ego dan hopokrit , sebab itu lah kebahagian tak pernah datang dalam diri aku .
Tapi kali ini aku diberi peluang untuk menghargai .. Alhamdulillah masih lagi mampu diucapkan cinta , cinta itu kembali mekar semula bak bunga mawar . Kali ini aku sedar akan apa itu cinta dan ikhlas .. cinta itu amat manis jika bersama ketulusan . Hari demi hari kami bahagia ... tapi sampai bila ? akhirnya aku merasai apa itu erti kehilangan . Dia pergi meninggalkan aku buat selamanya .. kenapa ? kenapa perlu dia pergi dahulu sebelum aku ? adakah aku tidak layak ? hatiku membisu dan menyepi selepas ia pergi buat selamanya ....
Aku berjalan mambawa diri , hidupku tanpa arah tuju seolah-olah dunia ia sudah kiamat . Kosong tanpa perasaan . Adakah ini ujian Allah atau mungkin balasan Allah padaku ?
CINTA ITU ADALAH ANUGERAH TAK TERNILAI . JANGAN KITA GADAIKAN CINTA ITU DENGAN SIKAP KITA YANG EGO .
10;27PM KHAMIS / RUMAH SS5
No comments:
Post a Comment