INI AKU
Hari ini aku menangis
Esok aku tersenyum
Lusa aku cuba berubah
Ini aku .
Kisah aku memang nampak tak sama
Aku sendiri berjalan di lihat oleh Tuhan
Aku salah .
Memang aku salah dalam percaturan
Aku rasa bersalah
Kerana Tuhan sudah memperingatkan aku .
Aku leka .
Ya , aku leka .
Maafkan aku .
Tuhan , ibu dan ayah serta sahabat aku .
Terima aku seadanya .
Aku tak sempurna sebagaimana kalian.
Aku yang masih menanggung .
Tanggung derita yang tak sudah untuk d'rungkaikan .
Aku gembira dengan kehidupan aku .
Walaupun tak semegah orang lain
Biar , Biar aku sendiri yang menanggung
Jangan kau gadaikan kebahagaian kau demi aku ,
Takut kau yang tercari-cari kelak .
Bersabarlah wahai hati ,
Jangan kau merajuk wahai jiwa ,
Memang ini lumrah bukannya azab ,
Terima seluas laut
Kerana Luas lagi ketentuan Tuhan .
No comments:
Post a Comment