Tuesday, 24 June 2014

Aku Yang Berdosa.

"Aku berdosa. Insan yang sering berdosa. Itulah aku yang sering tidak lali melakukan dosa. Namun Tuhan masih lagi membantu aku. Kenapa sukar untuk aku sedar? telah banyak ujian yang datang hidup aku, namun tetap juga aku tidak ambil iktibar. Sampai bila harus begini?"

Rintihan seorang Hamba yang sering tercari-cari makna kehidupan.


Seorang manusia yang susah. diuji dengan pelbagai masalah dan juga cabaran. Namun tetap lupa. Tuhan saja tidak pernah lupa akan dia. Namun dia tetap juga lupakan segalan nikmat yang dia miliki selama ini. Mahu kata hidupnya tidaklah bahagia mana dan juga tidaklah sekaya mana. Namun penuh sifat kesombongan dalam diri. Dia tetap teguh berdiri bagaikan tiada siapa yang membantunya untuk terus berdiri. Sifat yang sering membawa bau yang busuk kepada seluruh penduduk bumi dan langit. Keji . Tidak pernah sedar diri kerana Tuhan telah menciptakanya. 


Hidupnya penuh dengan dosa. Sering melakukan maksiat. tidak pernah dia merasa menyesal akan setiap perbuatanya . dia hanya memikirkan hidupnya terlalu sempurna , namun sebenarnya tiada apa yang patut dibanggakan. pelajarannya sangat bodoh dan seringkali mendapat tempat tercorot dalam kelas . tidak pernah malu , malah dengan wajah yang bangga dijulangnya semua kebodohan itu dipersembahkan kepada orang lain. jadi malu , orang lain mengaggapnya sebagai sampah. malu untuk mengaku dia sebagai kawan, dia tetap juga selamba sepertinya tiada apa berlaku.


sebab itu dia dibuang keluarga. ditinggalkan seorang diri tidak berteman. nasib baik ada manusia mulia memeliharanya. sungguh bertuah . hidupnya sangat sempit . kadangkala dia bertaubat memohon keampunan pada Tuhan , namun tidak kekal imannya . sering kecundang akan nafsu . dibina semula dosa dan dilupakan segala suruhan Tuhan. Dia kembali sombong. 


rencah kehidupan , kadangkala iman itu ada dan kadangkala pergi. dia jatuh. tersungkur . tiada siapa bantu. Tuhan juga pelihara hambanya walaupun dia sering melakukan dosa. dia malu dengan Tuhan. terlalu malu sehingga dia tidak tahu kemana lagi dia mahu pergi . hidupnya cukup derita dan kosong. seolah-olah tiada Nur yang singgah kedalam kotak kehidupanya. dia menjadi buta dan hidupnya gelap.



dia sering melukakan banyak hati dan selalu mengecewakan manusia. tidak pernah difikirkan tentang halal dan haram dan juga pantang larang dalam agama . dilanggar sahaja tanpa memikirkan khifarah yang akan dia dapat. Aku melihat hidupnya sudah terlalu teruk . wajahnya yang tiada Nur suram dan kusam. hatinya seoalah-olah sudah hitam dan kotor. percakapan yang tiada batasan membuatkan bau mulutnya terlalu busuk. 



sekarang dia mahu kembali ke pangkal jalan. mahu mendekatkan diri pada Tuhan . Namun imannya masih tidak kuat . dia takut kecundang lagi. dipohon seribu macam doa untuk dirinya dilindungi dari segala keburukkan. kali ini dia mahu bersungguh-sungguh. dia takut kalau-kalau dia tidak sempat bertaubat kerana ajal maut tidak mengira waktu. usianya terlalu muda namun jika sudah sampai takdir dia perlu pergi berjumpa ilahi. mana mungkin dia mahu pergi berjumpa ilahi dalam sebegini rupa. tiada bekalan yang dibawa. hanya dosa-dosa yang terlalu banyak.


P/S : INGATLAH wahai manusia , kita hanya manusia biasa yang tidak punya apa-apa dimuka bumi ini. semua ini hanya pinjaman semata-mata dan segalanya akan dipulangkan kembali kepada yang punya Hak iaitu Tuhan yang satu. Allah. JANGANLAH kita sombong atas segala kelebihan yang telah diberikan kerana itu adalah satu ujian dan JANGANLAH kita menghina setiap kekurangan yang dianugerahkan kepada kita mahupun orang lain , ini kerana setiap yang kurang dan lemah itu ada terselit hikmah yang telah Tuhan tetapkan . MAKA perlulah kita bersyukur setiap apa yang kita ada dan hargailah setiap apa yang kita miliki . Ini kerana setiap apa yang kita dapat akan dipersoalkan setiapnya dihadapan para malaikat dan juga Tuhan yang satu iaitu ALLAH.



Tuesday, 3 June 2014

Konon engkau bangga.

Konon-konon engkau sedang bangga,
Akan bahasa yang kau cipta,
Jelek-jelek aku sedang merasa,
Sudah loya mahu terngadah...

Puisi di atas sehelai kertas,
Tidak ternilai jika hanya ada norma cinta, 
Pen itu mencair kepekatan,
Menyunting sebuah perbahasan.. 

Jangan harap ia akan dinilai,
Sedangkan engkau hanya mahu di lihat,
Tidakah puisi ini engkau cipta,
Untuk memberi rasa yang sama...

Esok hujan baru kau tahu,
Kertas itu hancur dimamah musim,
Esok akan tiada lagi,
Kata-kata yang konon engkau sanjung itu..

Simpan sahaja keegoaan durjana itu,
Supaya tuhan perlihara kamu,
Simpan sahaja karya itu,
Untuk kau imbas tentang masa lalu ... 


APITT.