Friday, 31 October 2014

Bila Kehidupan Itu Membisu

Aku percaya kehidupan itu mempunyai mulut tapi tidak mempunyai lidah untuk berbicara.Sudah tentu apabila kita berjalan kita perlu diam membisu. Diam dari segala macam perkara sehinggakan kita sendiri tertanya "Mengapa?". Bukan mudah untuk menyimpan segala apa yang kita rasa demi mengikut peraturan sebuah kehidupan. Adakalanya diam itu perlu namun jangan sampai kita bisu untuk meluahkan segalanya yang terbuku di hati. Sama juga mempunyai hati tapi tidak mempunyai perasaan. Perasaan itu wujud untuk merasai segala macam perasaan yang terletaknya di jiwa. 


KISAH ini apabila Aku ada bertemu seorang hamba Allah. Yang mempunyai kehidupan yang tidak seberapa megah namun cukup untuk dia merasai apa yang telah dikurniakan. Diluahkan segala macam cerita latar belakangnya namun aku tertarik untuk mendengarnya dengan lebih mendalam. Diceritanya tentang kisah agungnya mempunyai seorang adik yang kini tinggal bersama keluarga lainnya. diberikan dengan bermacam sebab hanya Tuhan saja yang tahu segalanya. Tidak perlu untuk aku gali lagi dalanm takut-takut lain pula yang akan ditemui. Aku cukup tertarik untuk menanyakan soalan."Kau tak rindu dia"? lantas aku berpandangan. Lalu dengan pantas dia menjawab "Tak pun." ringkas namun cukup berbisa. Mengapa aku boleh merasakan seperti itu. Cukup ia membuatkan aku terdiam seribu bahasa. Hati aku terus mengomel seribu bahasa dan akal aku menyilau seribu tingkah laluan sel-sel. "urghhh..."berbisik aku mengelamun jauh. terpana akan panah jawapan pedih itu aku terus lumpuh. "apa yang kau rasa bila abang kandung kau sendiri cakap seperti itu dihadapan kau? semestinya remuk berkecai hati kau walaupun kau tahu itu semua telah di takdirkan oleh Tuhan, Namun kau mesti mahu merasai apa itu kasih sayang." Aku sendiri dalam kisah ADIK itu.Kadang-kadang aku terfikir mungkin abang aku sendiri jawab seperti itu. Tetapi aku di sini sentiasa merindui mereka setengah mati. Tidak kira sejauh mana kau pergi dan sedalam mana kau menyelam engkau sendiri mahu merasai dihargai. Dihargai oleh mereka-mereka yang kau sendiri ada hak untuk meminta. Kadang-kadang aku sendiri mengemis kasih sayang mereka sehinggakan aku rasa dunia tidak adil bagi aku.

Tapi apa yang kau mampu? kau hanya mampu diam seribu bahasa. menjauh dari segala pelusuk dunia namun kau sendiri tetap berada di sudut dunia yang tidak adil ini. dunia tidak akan berhenti berputar selagi KARMA itu tidak habis dibalas. Menghitung hari demi hari. Engkau masih sendiri sehingga kini. Masih terkapai-kapai dengan apa yang kau sendiri terjerat. Kini tidak ada guna untuk kau menangis . Membazir segala waktu hari kau sedangkan kau mampu untuk mencipta bahagia sendiri. Tidak perlu untuk membiarkan ia pergi bersama segala yang kau impikan tapi sebenarnya ia tidak pasti akan berlaku. Cuma sekarang ini kau perlu menghargai dengan apa yang kau ada. Mencipta senyuman yang mampu melumpuhkan segala perasaan Duka dan memori semalam. 

Ini adalah episod terakhir untuk cerita keluarga aku. Mungkin lepas ini tiada lagi yang aku harapkan dalam penulisan ini. Biar ini menjadi memori yang sekadar di atas kertas lalu di mamah usia dan zaman ia terus terkubur di dalam ingatan. Memang benar kehidupan itu perlukan cerita baru. Yang lama perlu di hapuskan dan di lupakan. Kerana apa yang berlaku membuatkan kau lebih matang dalam mencipta perjalanan kehidupan sendiri.  Tidak perlu dikendong segala beban masalah yang mampu melambatkan perjalanan kehidupan kau. 

Tuesday, 14 October 2014

Bila Hati Tidak Boleh Menipu.

Memang lumrah kehidupan apabila kita jatuh cinta pada seseorang, namun bagaimana cinta itu boleh kita capai? Cinta itu adalah sebuah perasaan yang datang dari perasaan 
kasih lalu ia mula menjadi sebuah benda yang mampu melumpuh jiwa. Bagaimana tu? 
Tidak salah untuk mencintai tapi adakah pasti kita boleh dicintai? senang kata cinta kita tidak hanya tepuk sebelah tangan jee.. 

Bagi aku, aku mudah menyanyai orang tapi sukar untuk meluahkannya. Bukan bermakna aku bukan tidak pandai menghargai, tapi cuma aku sentiasa bermain dengan perasaan, yang pastinya datang dari perasaan nafsu. Melihat kesempurnaan mudah-mudah je terus ada perasaan suka. Namun bila seseorang tu nampak kurang sempurna terus menjauhi dan tak ada sedikit pun perasaan untuk mengenali dgn lebih dekat. MANUSIA !!! sentiasa memandang kesempurnaan. Aku akui itu memang ada dalam diri aku. Namun kadang-kadang hidup ini kita perlu perbaiki dan belajar banyak benda. Melihat disetiap sudut dan mengenali ramai jenis manusia.

"HAHA"

Bila kita dah suka seseorang itu,memang tak boleh nak ditahan perasaan ini. Di setiap masa asyik teringat dia. Tertanya-tanya apa yang dia sedang buat ek? Dia dah makan ke belum dan kadang-kadang ada soalan yang bermain di minda "adakah dia mempunyai perasaan sama dengan aku?" Handphone 24jam kat tangan dan jari asyik nak menaip chat untuk memulakan perbualan tapi mesti rasa malu atau rasa "ehhh nampak sangat aku tergila-gilakan dia." Tapi kau kena sedar sampai bila kau nak pendam semua tu? dah berkulat dlm hati lebih baik kau luahkan. Kita tak tahu apa perasaan org dkt kita tapi kita boleh tahu bila kita jujur. Tak takut nak luahkan,Bagi aku, aku seorang yg sangat pemalu dan takut untuk luah sesuatu, tak tahu kenapa.

Yang sekarang ni aku hanya boleh diamkan diri dan cuba untuk jauhkan diri dari dia. Bukan apa, aku cuma nak buang perasaan suka kat dia dan mungkin lepas ini aku boleh jadi kawan dia. Siapa yang tahu kan.Tapi bila aku dah senyap, dia pulak chat . Aku pelik dan arghhhhh!!!! "stressss doe" macam mana ni !? HAHA..

Tapi kau kena faham sesuatu benda. Sayang itu tak boleh datang kalau kau tak ada perasaan kat dia.Dan begitu juga kau tak boleh nak paksa dia untuk suka kat kau balik. Dia sendiri ada pilihan dia. Mungkin kau bukan untuk dia. Jadi kau kena tahu yang sempurna itu bukan pada mata kau tapi perlu pada hati kau. Menilai dari sudut pengorbanan dia dan bukan dari luaran dia. Memang ada orang sanggup berkorban apa saja demi kau , tapi kita tak tahu niat dia baik atau tidak. Jadi diri sendiri dan sentiasa berhati-hati dengan apa yang kau rasa dan dengan apa yang kau fikir. Tak semestinya yang baik di depan tapi di belakang kita sendiri tak tahu. Kenal hati budinya dan kenal setiap apa yang dia ucapkan. Kita sendiri tak tahu orang letak madu di lidah tapi ada racun di hati.