Saturday, 27 December 2014

Perubahan yang memerlukan sebuah pengorbanan.

Sememangnya perubahan itu perlukan sebuah pengorbanan. Setiap orang punya keinginan untuk berhijrah ke arah yang lebih baik, namun ada saja yang tidak kena. Tidak kiralah sekuat mana pun azam untuk berubah ada saja yang menganggu proses perhijrahan kita. Perubahan diri itu sudah tentu memerlukan motivasi yang tinggi untuk mendorang manusia lebih bersemangat dan lebih kuat untuk menempuh segala dugaan yang akan berlaku.

Seperti aku, tidak ada beza seperti insan yang lain. Seperti manusia yang lemah dan sering gagal dalam menjalani segala ujian Tuhan. Manusia yang mempunyai azam yang tinggi untuk berubah dan kini masih tidak ada sebarang perubahan. Yang hanya termenung jauh tanpa ada sebarang perancangan. Sudah letih hanya dibuai angan tapi tidak pada kenyataan. Di bina segala andaian namun masih lagi tersepit di antara jari dan papan kekunci. Di tulis dan di karang segala ayat untuk memberi bukti bahawa setiap apa yang di rasa dapat di luahkan walaupun tidak sehebat mana. 


Aku, hanya mampu terdiam dan masih berfikir. Akal yang sering tertanya-tanya mengapa dan kenapa? Yang masih tidak mendapat jawapan yang tepat untuk memujuk hati ini. Aku ingin mencari kehidupan aku semula, harga diri, semangat diri dan yang paling penting adalah aku dapat mengenali diri ini kembali yang telah jauh aku lupakan. Menjalani segala ujian godaan nafsu dan seringkali gagal. Aku masih tercari-cari apa hikmah di atas semua ini? Alangkah baiknya aku dapat hidup kembali dan membina semula kebahagiaan.

Tapi mana mungkin diberi peluang kedua kalinya, tapi masih diberikan peluang untuk memperbaiki diri yang telah rosak di hanyut bencana sendiri. Kini aku sedar bukan mudah untuk menuju jalan perubahan. Ia memerlukan semangat dan motivasi yang tinggi untuk kau mencapai kemaksimum sebuah kejayaan. Bila di bilang mengapa kau cepat berputus asa? aku hanya mampu menjawab "Sudah letih untuk mencuba, tidak guna kalau tak ada hasilnya." Bukan mengalah atau cuba mencabar kebesaran Tuhan, Tapi kadangkala hati dan diri sudah letih untuk mencuba. Mungkin semangat diri sudah mula hilang sedikit demi sedikit. 

Hidup yang seringkali sendiri. Adakah kau mampu untuk mencapai kejayaan dalam hidup tanpa sebarang sokongan? bagi aku itu sudah menjadi kebiasaan. Berkorban segalanya untuk tidak menyusahkan orang lain namun kini aku sudah tiada nilai di sisi Tuhan. Alangkah peritnya untuk aku rasa dan lakukannya sendiri. Jatuh dan bangun aku tiada siapa tahu, cuma aku yang rasa peritnya. Walaupun sakit aku gendong saja membawa sehingga aku rasa ia tidak penting dan aku lempar ke sungai tanpa ada sebarang nilai lagi. 

MATI. 

Perubahan yang sering aku perkataan masih tidak aku mulakan. Di simpan rapi di dalam peti besi yang semakin hari semakin usang di mamah usia. 


No comments:

Post a Comment