Saturday, 5 July 2014

Ke Cameron Highland ke kita?

Bibit-bibit memori aku simpan di setiap sudut hidup aku. Apa pun yang aku lakukan walaupun mendatangkan kekecewaan mahupun kegembiraan akan tetap aku ingat. Kali ini trip aku ke Cameron Highland untuk pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke sini. Ternyata apa yang orang perkatakan tentang hebatnya suasana disini adalah benar belaka. Keadaan iklim yang teramat sejuk membuatkan aku jadi gila. Aku memang lemah dengan iklim sejuk ini kerana ia membuatkan segala tulang-tulang aku jadi bisa. Entahlah tak tahu sejak bila jadi begini. Tapi aku main redah je , janji aku dapat pengalaman dan gembira.

Perjalanan yang tidak dirancang , aku terus mengikuti program yang di anjurkan oleh salah sebuah kelab pelajar di universiti aku. Aku memang minat mendaki dan apa jua aktiviti jungle tracking.  Sebab aku terlalu suka melihat segala ciptaan Tuhan yang amat berharga dan indah. Bagi aku hidup sebagai hidupan flora dan fauna memberikan erti hidup yang terlalu bahagia. Hidup yang bebas dari segala pancaroba dunia yang membuatkan aku jadi lemah.


Perjalanan yang bermula dari jam 11:00 malam dan tiba di brinchang pada jam 04:00 pagi. Kabus mengaburi pandangan kami. Kami menaiki sebuah bas dan van universiti. Untuk menghargai sebuah masa , kami sudah diberi jadual aktiviti agar aktiviti kami teratur dengan baik tanpa ada apa-apa masalah. Segala peralatan perkhemahan dan pendakian telah dipersiapkan kemas.





Sampai sahaja di Brinchang , kami terus menunggah barang dan mempersiapkan khemah untuk kami bermalam beberapa hari di situ. Kabus sejuk membuatkan aku jadi beku kesejukan. Iklim yang tidak biasa aku alami membuatkan aku sukar untuk menguruskan diri. Bagaimana ya nanti apabila aku ditugaskan ke luar negara yang mempunyai iklim yang lagi sejuk dari ini. Sabar jelah..


Segalanya telah aku persiapkan , sleeping beg , tuala tebal , kain pelekat , ubat-ubatan dan pakaian yang secukupnya telah aku persiapkan. Tak nak lah bawa banyak kang nanti buat berat beg aku pulak..

yang paling penting adalah power bank , sebab bila benda alas ni tak ada mati lah aku sebab tak dapat nak selfie , hehehe . jangan marah yaaa....






Keesokannya kami mula mendaki ke gunung brinchang , dan terus menuju ke puncak gunung irau. sudah tentu memenatkan aku, namun aku perlu bertahan dan terus juga mendaki. Bila kita berputus asa tiada kejayaan yang kita akan capai. Walaupun tingginya tidak seberapa namun sudah cukup sepanjang perjalanan memberikan 1001 pengalaman dan cerita yang begitu indah.


Aku dapat kenal kawan-kawan baru dari universiti yang sebelum ni aku tak pernah nampak dan tegur. Termasuk juga adik-adik junior yang baru melanjutkan pelajaran. Stamina yang kuat perlu aku teguhkan agar pendakian aku tidak mengalami sebarang masalah.





Aku disini bagaikan satu ke;uarga yang bahagia. Kami bersama sentiasa berkerjasama dalam apa jua keadaan. Mencurahkan segala kasih sayang dan juga perhatian. Begitu penting semua itu untuk memastikan kami selamat sampai ke puncak. Begitu juga dalam kekeluargaan , sifat ini adalah penting untuk menjamin keluarga yang bahagia dan teguh. Jangan ada langsung sifat pentingkan diri sendiri dan juga egois. Disini kita adalah semua sama. setiap inci kekurangan kita lalui bersama dan terima dengan hati yang terbuka. Jangan biarkan orang lain susah dan jangan tinggalkan mereka dalam keadaan kesusahan.





Sepanjang pendakian memberikan aku ketenangan walaupun sedikit penat. Melihat ciptaan Tuhan yang sungguh indah. Tumbuh-tumbuhan yang begitu segar yang sentiasa berzikir kepada Tuhan yang mengeluarkan kabus-kabus sejuk yang sentiasa menyengarkan alam. Aku terkesima seketika sampai duduk di tunggul kayu. Lantas aku capai talifon bimbit lalu menangkap gambar-gambar kenangan. Bermacam jenis tumbuhan dan pokok-pokok yang jarang aku temui.






Alhamdulillah kami selamat sampai ke puncak, dalam keadaan yang bermacam karenah ini kami berjaya juga. Lumpur dan bermandikan peluh juga halangan tidak mematahkan semangat kami. huhhh , suasana yang begitu indah dan udara yang nyaman. aku dapat melihat pemandangan seluruh cameron highland dan sempadan perak-pahang. ternyata memang best.















Cameron Highland,
26hb-28hb Jun 2014,
Unitar International University,
Early Childhood Studies,

No comments:

Post a Comment