Saturday, 29 March 2014

LUNTUR.

LUNTUR

luntur sudah kain kecil itu 
yang sering menyapu air mataku
luntur warnanya bersama kesedihanku
yang ada setia menemani ceritaku


Terhakis kesakitan di sebalik benang itu
menusuk keperitan pabila dipanah jarum buntu
di mana arah di tuju tersilap langkahku
Biar sahaja terus di sini membusuk beku

esok ada akan ku ganti kain usang ini
yang lebih teguh dan tak berhapak begini
lusa menjadi saksi kebangkitan ini 
agar tidak luntur lagi 

ku sering rindu akan kain ini 
yang sentiasa menjadi saksi 
akan keperitan yang sudah basi 
yang sudah koyak bertulang hati 

No comments:

Post a Comment